Monday, 9 July 2012

PepeRiksaAn PerCuBaaN UPSR 2012



Minggu ini pada 11 - 13 Julai akan bermulanya peperiksaan percubaan UPSR yang bakal menilai sejauh mana pencapaian murid sebelum menghadapi peperiksaan UPSR yang sebenar. Para guru SKSP berharap agar murid tahun 6 dapat meningkatkan keazaman untuk cemerlang dalam peperiksaan percubaan ini. Tiada masa lagi untuk bermalas-malasan dan mantapkan persediaan. Yakin Boleh! Insyaallah.

Seperti yang selalu guru katakan kepada muridnya, apa jua yang kita inginkan tidak akan tercapai jika Allah tidak mengizinkannya, sebaliknya dengan izin Allah, segala-galanya tidak mustahil untuk berlaku. Oleh itu adalah amat penting bagi kita semua untuk mengiringi usaha kita dengan berdoa memohon keizinan-Nya.

Di sini ada beberapa doa yang boleh diamalkan...

1. Perkara paling asas setiap kerja yang kita lakukan hendaklah dimulakan dengan kalimah "Bismillah" 

بسم الله الر حمن الر حيم 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

2. Doa Penerang Hati dibaca setiap kali sebelum memulakan pembelajaran dan sebelum membaca soalan peperiksaan...

Doa penerang hati
أَللهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ
رَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Ya Allah bukakanlah hikmahMu, dan turunkanlah rahmat dari khazanahMu
kepada kami, Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Doa mudahkan hafalan
آللهُمَّ ارْزُقْنَا يَا رَبِّ فَهْمَ النَّبِيْيِنَ وَحِفْظَ آلْمُرْسَلِيْنَ
وَإِلْهَامَ آلْمَلائِكَةَ آلْمُقًرَّبِيْنَ فِى عَافِيَةِ يَااَرْحَنَ آلرٌّاحِمِينِ
Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul
dan ilham dari para Malaikat yang menghampiri denganMu
kurniakanlah kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

3. Doa selepas habis mengulangkaji pelajaran

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”

4. Doa tatkala kita terlupa apa yang telah kita pelajari. Tarik nafas dalam-dalam... tenangkan fikiran berselawatlah ke atas Nabi dan bacalah doa ini.... 

Doa apabila terlupa 
سُبْحَانَ مَنْ لا يَنَامُ وَلايَسْهُو آللهُمَّ ذِكِّرْنِى مَانَسِيْتُ 
Maha Suci Tuhan yang tidak pernah Tidur dan tidak lupa, 
Ya Allah peringatkanlah aku apa yang aku lupa.

Ingatlah, apa jua yang kita inginkan tidak akan tercapai jika Allah tidak mengizinkannya, sebaliknya dengan izin Allah, segala-galanya tidak mustahil untuk berlaku. Sebenarnya... 

KECEMERLANGAN ADALAH KETAATAN KEPADA
ALLAH... IBU BAPA... & GURU...

No comments:

Post a Comment