Sunday 9 September 2012

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2012...


Warga Sekolah SK Seri Pinang ingin mengucapkan selamat menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) kepada semua murid-murid tahun 6 sesi 2012. Dengan Selawat serta salam ke atas junjungan-Nya semoga kalian mendapat kejayaan yang setimpal dengan usaha yang telah anda lakukan. Guru-guru sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak muridnya agar mendapat keputusan yang cemerlang... 
Selamat Berjaya!

Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara Tercinta...


Sempena Hari Kemerdekaan Ke-55 negara Malaysia yang telah sidambut pada tanggal 31 Ogos 2012 ini, warga SKSP mengambil kesempatan untuk mengucapkan...

“SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-55”

Semoga dengan izin Allah SWT negara kita akan menjadi lebih maju, berjaya, aman, makmur, sentosa dan bersatu padu diantara berbilang kaum agar segala cita-cita kearah cara hidup yang lebih produktif seiring dengan keimanan yang kuat dan teguh.

Sama-samalah kita mendoakan keatas para pejuang dan pembela bangsa yang telah bersusah payah, mencurah keringat, harta dan menggadai nyawa demi memastikan hidup kita hari ini bebas dan merdeka, agar mereka semua dikurniakan dengan sebaik-baik balasan oleh Allah SWT di akhirat kelak.

“ Hari ini jalan ini, pasti semakin berliku, kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa, perjuangan kita belum selesai, hanya yang cekal dan tabah dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya” Petikan Sajak Perjuangan Kita Belum Selesai - Nukilan Tun Dr Mahatdir Mohamad

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012...

Buah pauh ditengah bendang
Jadi dagangan ditengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita

Malam-malam lihat lampu jalan
tengok-tengok hantu raya
hati-hati diatas jalan
supaya selamat pulang beraya

jambangan indah lagi berseri
menjadi hiasan di aidil fitri
sms ku kirimkan pengganti diri
tanda ingatan tak lupa dihati

bulan ramadhan bulan yang mulia
di sambut dengan hati yang gembira
kini syawal semakin menjelma
tangan ku hulurkan maaf dipinta

kuih makmur kuih tat
mari makan sama ketupat
bukan je selamat hari raya tapi hari raya yang slamat
itu yang perlu kita ingat

Terlebih bisa tutur bicara
Disimpan jangan ampun dipinta
Syawal dinanti kan kunjung tiba
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Sungguh rendang pohon rumbia
Tempat persinggahan sianak kera
Ketupat rendang sudah tersedia
Jemputlah semua menjamu selera

Ada mata pandanglah keindahan
Ada mulut berbudilah pertuturan
Ada hati berilah kesayangan
Ada salah silap silalah maafkan

Monday 23 July 2012

SeLaMaT BeRpUaSa DaRi SkSp...



Marilah kita sama-sama mengucapkan "Marhaban Ya Ramadan". 

Mengucapkan "Marhaban Ya Ramadan" (Selamat Datang Ramdhan) dengan ikhlas menunjukkan kita gembira menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini. Rasulullah sendiri gembira setiap kali kedatangan bulan Ramadan. Rasulullah mengucapkan "tahniah" kerana kedatangan bulan Ramadan.

Berita gembira itu disampaikan pula kepada sahabatnya sambil bersabda : "Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramdhan, bulan yg penuh keberkatan. Allah memfardukan atas kamu berpuasa. Di dalam bulan Ramadan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Barang siapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan." (Riwayat Ahmad)

"Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (Riwayat Muslim)

"Sesiapa sempat bertemu Ramadan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh dia dengan Allah" (Riwayat Ibn Hibban) 

Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” (Riwayat Imam al-Bukhari)

Marhaban Ya Ramadan. 

Selamat berpuasa dan moga kita semua dirahmati Allah di bulan Ramadan ini.

سبحان الله والحمدلله ولااله إلاالله والله أكب


Monday 16 July 2012

DuiT baRu MaLaysiA 2012


Wang atau duit merujuk sesuatu objek atau barang yang diterima masyarakat umum dan sah di sisi undang-undang sebagai medium pertukaran dalam urusan jual beli dan urusniaga lain. Wang juga berfungsi sebagai penyimpan nilai, unit akaun, dan piawai langsaian hutang

Dalam kegunaan harian, wang dirujuk sebagai mata wang atau wang kertas dan syiling yang berada dalam edaran sesebuah negara yang mempunyai status tender sah seperti ringgit; dan juga dalam pelbagai bentuk akaun deposit kewangan seperti akaun simpanan, akaun semasa dan sijil deposit. Dalam sistem ekonomi moden, mata wang adalah komponen terkecil dalam bekalan wang.

Kakitangan Bank Negara,menunjukkan Note baru Ringgit Malaysia yang akan di keluarkan pada Julai ini iaitu pada 17/07/2012.

Pengenalan semula wang kertas RM20 dalam siri mata wang baru ini penting kerana ia berfungsi sebagai perantara yang menghubungkan jurang nilai antara RM10 dan RM50 dan akan memudahkan pengguna membuat bayaran.


Lebih lanjut mengenai konsep,ciri keselamatan,tema dan pengenalan mata wang Malaysia yang baru ini anda boleh tonton video dibawah.Dalam pada itu Wang syiling baru 2012 denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang telahpun dilancarkan sebelum ini.

Saturday 14 July 2012

HaRgai KemuDahaN aWam

Tajuk yang akan disampaikan oleh guru bertugas pada perhimpunan mingguan pada kali ini adalah tentang cara untuk kita menghargai kemudahan awam. Berikut adalah merupakan intipati yang akan disampaikan kepada guru dan murid pada minggu ini.

ADAB MENJAGA KEMUDAHAN AWAM :

· Menggunakannya mengikut peraturan yang telah disediakan
· Bertimbang rasa dengan pengguna lain
· Melaporkan kerosakkan kepada pihak yang bertanggungjawab
· Gunakan mengikut keperluan tanpa pembaziran
· Bertanggungjawab terhadap keselamatan kemudahan awam

KEPENTINGAN KEMUDAHAN AWAM KEPADA :

· Individu :

§ memberi kemudahan kepada golongan yang kurang mampu
§ menjamin kesejahteraan hidup
§ membantu ketika kecemasan
§ menjimatkan perbelanjaan

· Masyarakat :
§ menjalin hubungan silaturrahim
§ menjalin semangat perpaduan
§ memupuk semangat bertoleransi

· Negara :
§ dapat menarik pelancong
§ menjimatkan peruntukan kewangan
§ meningkatkan ekonomi


CONTOH PENYALAHGUNAAN KEMUDAHAN AWAM :
· Menggunakan paip bomba untuk kegunaan peribadi
· Membuat panggilan palsu kepada pihak polis atau bomba
· Membuang sampah bukan pada tempat yang telah disediakan
· Menconteng papan-papan tanda jalan raya


CARA MENINGKATKAN TANGGUNGJAWAB UNTUK MENJAGA KEMUDAHAN AWAM :
· Mengadakan kempen kesedaran pentingnya menjaga harta benda awam
· Menguatkuasakan undang-undang
· Menerapkan pendidikan awal kepada kanak-kanak dalam menghargai kemudahan awam.

Tuesday 10 July 2012

PeperiKsaaN peRcuBaan UPSR beRmuLa...

Selamat menduduki peperiksaan percubaan UPSR. Semoga calon UPSR pada tahun ini dapat memberikan pecapaian yang terbaik!