Sunday 9 September 2012

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2012...


Warga Sekolah SK Seri Pinang ingin mengucapkan selamat menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) kepada semua murid-murid tahun 6 sesi 2012. Dengan Selawat serta salam ke atas junjungan-Nya semoga kalian mendapat kejayaan yang setimpal dengan usaha yang telah anda lakukan. Guru-guru sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak muridnya agar mendapat keputusan yang cemerlang... 
Selamat Berjaya!

Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara Tercinta...


Sempena Hari Kemerdekaan Ke-55 negara Malaysia yang telah sidambut pada tanggal 31 Ogos 2012 ini, warga SKSP mengambil kesempatan untuk mengucapkan...

“SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-55”

Semoga dengan izin Allah SWT negara kita akan menjadi lebih maju, berjaya, aman, makmur, sentosa dan bersatu padu diantara berbilang kaum agar segala cita-cita kearah cara hidup yang lebih produktif seiring dengan keimanan yang kuat dan teguh.

Sama-samalah kita mendoakan keatas para pejuang dan pembela bangsa yang telah bersusah payah, mencurah keringat, harta dan menggadai nyawa demi memastikan hidup kita hari ini bebas dan merdeka, agar mereka semua dikurniakan dengan sebaik-baik balasan oleh Allah SWT di akhirat kelak.

“ Hari ini jalan ini, pasti semakin berliku, kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa, perjuangan kita belum selesai, hanya yang cekal dan tabah dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya” Petikan Sajak Perjuangan Kita Belum Selesai - Nukilan Tun Dr Mahatdir Mohamad

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012...

Buah pauh ditengah bendang
Jadi dagangan ditengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita

Malam-malam lihat lampu jalan
tengok-tengok hantu raya
hati-hati diatas jalan
supaya selamat pulang beraya

jambangan indah lagi berseri
menjadi hiasan di aidil fitri
sms ku kirimkan pengganti diri
tanda ingatan tak lupa dihati

bulan ramadhan bulan yang mulia
di sambut dengan hati yang gembira
kini syawal semakin menjelma
tangan ku hulurkan maaf dipinta

kuih makmur kuih tat
mari makan sama ketupat
bukan je selamat hari raya tapi hari raya yang slamat
itu yang perlu kita ingat

Terlebih bisa tutur bicara
Disimpan jangan ampun dipinta
Syawal dinanti kan kunjung tiba
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Sungguh rendang pohon rumbia
Tempat persinggahan sianak kera
Ketupat rendang sudah tersedia
Jemputlah semua menjamu selera

Ada mata pandanglah keindahan
Ada mulut berbudilah pertuturan
Ada hati berilah kesayangan
Ada salah silap silalah maafkan