Sunday 9 September 2012

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2012...


Warga Sekolah SK Seri Pinang ingin mengucapkan selamat menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) kepada semua murid-murid tahun 6 sesi 2012. Dengan Selawat serta salam ke atas junjungan-Nya semoga kalian mendapat kejayaan yang setimpal dengan usaha yang telah anda lakukan. Guru-guru sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak muridnya agar mendapat keputusan yang cemerlang... 
Selamat Berjaya!

Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara Tercinta...


Sempena Hari Kemerdekaan Ke-55 negara Malaysia yang telah sidambut pada tanggal 31 Ogos 2012 ini, warga SKSP mengambil kesempatan untuk mengucapkan...

“SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-55”

Semoga dengan izin Allah SWT negara kita akan menjadi lebih maju, berjaya, aman, makmur, sentosa dan bersatu padu diantara berbilang kaum agar segala cita-cita kearah cara hidup yang lebih produktif seiring dengan keimanan yang kuat dan teguh.

Sama-samalah kita mendoakan keatas para pejuang dan pembela bangsa yang telah bersusah payah, mencurah keringat, harta dan menggadai nyawa demi memastikan hidup kita hari ini bebas dan merdeka, agar mereka semua dikurniakan dengan sebaik-baik balasan oleh Allah SWT di akhirat kelak.

“ Hari ini jalan ini, pasti semakin berliku, kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa, perjuangan kita belum selesai, hanya yang cekal dan tabah dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya” Petikan Sajak Perjuangan Kita Belum Selesai - Nukilan Tun Dr Mahatdir Mohamad

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012...

Buah pauh ditengah bendang
Jadi dagangan ditengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita

Malam-malam lihat lampu jalan
tengok-tengok hantu raya
hati-hati diatas jalan
supaya selamat pulang beraya

jambangan indah lagi berseri
menjadi hiasan di aidil fitri
sms ku kirimkan pengganti diri
tanda ingatan tak lupa dihati

bulan ramadhan bulan yang mulia
di sambut dengan hati yang gembira
kini syawal semakin menjelma
tangan ku hulurkan maaf dipinta

kuih makmur kuih tat
mari makan sama ketupat
bukan je selamat hari raya tapi hari raya yang slamat
itu yang perlu kita ingat

Terlebih bisa tutur bicara
Disimpan jangan ampun dipinta
Syawal dinanti kan kunjung tiba
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Sungguh rendang pohon rumbia
Tempat persinggahan sianak kera
Ketupat rendang sudah tersedia
Jemputlah semua menjamu selera

Ada mata pandanglah keindahan
Ada mulut berbudilah pertuturan
Ada hati berilah kesayangan
Ada salah silap silalah maafkan

Monday 23 July 2012

SeLaMaT BeRpUaSa DaRi SkSp...



Marilah kita sama-sama mengucapkan "Marhaban Ya Ramadan". 

Mengucapkan "Marhaban Ya Ramadan" (Selamat Datang Ramdhan) dengan ikhlas menunjukkan kita gembira menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini. Rasulullah sendiri gembira setiap kali kedatangan bulan Ramadan. Rasulullah mengucapkan "tahniah" kerana kedatangan bulan Ramadan.

Berita gembira itu disampaikan pula kepada sahabatnya sambil bersabda : "Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramdhan, bulan yg penuh keberkatan. Allah memfardukan atas kamu berpuasa. Di dalam bulan Ramadan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Barang siapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan." (Riwayat Ahmad)

"Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (Riwayat Muslim)

"Sesiapa sempat bertemu Ramadan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh dia dengan Allah" (Riwayat Ibn Hibban) 

Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” (Riwayat Imam al-Bukhari)

Marhaban Ya Ramadan. 

Selamat berpuasa dan moga kita semua dirahmati Allah di bulan Ramadan ini.

سبحان الله والحمدلله ولااله إلاالله والله أكب


Monday 16 July 2012

DuiT baRu MaLaysiA 2012


Wang atau duit merujuk sesuatu objek atau barang yang diterima masyarakat umum dan sah di sisi undang-undang sebagai medium pertukaran dalam urusan jual beli dan urusniaga lain. Wang juga berfungsi sebagai penyimpan nilai, unit akaun, dan piawai langsaian hutang

Dalam kegunaan harian, wang dirujuk sebagai mata wang atau wang kertas dan syiling yang berada dalam edaran sesebuah negara yang mempunyai status tender sah seperti ringgit; dan juga dalam pelbagai bentuk akaun deposit kewangan seperti akaun simpanan, akaun semasa dan sijil deposit. Dalam sistem ekonomi moden, mata wang adalah komponen terkecil dalam bekalan wang.

Kakitangan Bank Negara,menunjukkan Note baru Ringgit Malaysia yang akan di keluarkan pada Julai ini iaitu pada 17/07/2012.

Pengenalan semula wang kertas RM20 dalam siri mata wang baru ini penting kerana ia berfungsi sebagai perantara yang menghubungkan jurang nilai antara RM10 dan RM50 dan akan memudahkan pengguna membuat bayaran.


Lebih lanjut mengenai konsep,ciri keselamatan,tema dan pengenalan mata wang Malaysia yang baru ini anda boleh tonton video dibawah.Dalam pada itu Wang syiling baru 2012 denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang telahpun dilancarkan sebelum ini.

Saturday 14 July 2012

HaRgai KemuDahaN aWam

Tajuk yang akan disampaikan oleh guru bertugas pada perhimpunan mingguan pada kali ini adalah tentang cara untuk kita menghargai kemudahan awam. Berikut adalah merupakan intipati yang akan disampaikan kepada guru dan murid pada minggu ini.

ADAB MENJAGA KEMUDAHAN AWAM :

· Menggunakannya mengikut peraturan yang telah disediakan
· Bertimbang rasa dengan pengguna lain
· Melaporkan kerosakkan kepada pihak yang bertanggungjawab
· Gunakan mengikut keperluan tanpa pembaziran
· Bertanggungjawab terhadap keselamatan kemudahan awam

KEPENTINGAN KEMUDAHAN AWAM KEPADA :

· Individu :

§ memberi kemudahan kepada golongan yang kurang mampu
§ menjamin kesejahteraan hidup
§ membantu ketika kecemasan
§ menjimatkan perbelanjaan

· Masyarakat :
§ menjalin hubungan silaturrahim
§ menjalin semangat perpaduan
§ memupuk semangat bertoleransi

· Negara :
§ dapat menarik pelancong
§ menjimatkan peruntukan kewangan
§ meningkatkan ekonomi


CONTOH PENYALAHGUNAAN KEMUDAHAN AWAM :
· Menggunakan paip bomba untuk kegunaan peribadi
· Membuat panggilan palsu kepada pihak polis atau bomba
· Membuang sampah bukan pada tempat yang telah disediakan
· Menconteng papan-papan tanda jalan raya


CARA MENINGKATKAN TANGGUNGJAWAB UNTUK MENJAGA KEMUDAHAN AWAM :
· Mengadakan kempen kesedaran pentingnya menjaga harta benda awam
· Menguatkuasakan undang-undang
· Menerapkan pendidikan awal kepada kanak-kanak dalam menghargai kemudahan awam.

Tuesday 10 July 2012

PeperiKsaaN peRcuBaan UPSR beRmuLa...

Selamat menduduki peperiksaan percubaan UPSR. Semoga calon UPSR pada tahun ini dapat memberikan pecapaian yang terbaik!

SenaMroBik 1M 1S 1M sKsP

Aktiviti Senamrobik 1M 1S 1M ini telah dijalankan serentak diseluruh negara. Seluruh warga SKSP memulakan aktviti senamrobik ini pada jam 8.10 pagi dan berakhir pada jam 8.40 pagi yang diketuai oleh En Mohd Ali Hanafiah B Hamzah selaku guru Pendidikan Jasmani. Seterusnya guru dan murid dibahagikan dalam kumpulan sukan masing-masing dan berada di padang SKSP untuk aktiviti yang telah dirancangkan. Antara gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan...

Murid dan guru mengambil tempat di dataran perhimpunan sekolah sebelum senamrobik ini dijalankan.

Guru dan murid bersama melakukan aktiviti senamrobik. 

Acara di padang selepas Senamrobik. 

Murid berada dalam kumpulan sukan masing-masing yang teridiri daripada bola sepak, sepak takraw, hoki, bola jaring dan bola baling.

Monday 9 July 2012

PepeRiksaAn PerCuBaaN UPSR 2012



Minggu ini pada 11 - 13 Julai akan bermulanya peperiksaan percubaan UPSR yang bakal menilai sejauh mana pencapaian murid sebelum menghadapi peperiksaan UPSR yang sebenar. Para guru SKSP berharap agar murid tahun 6 dapat meningkatkan keazaman untuk cemerlang dalam peperiksaan percubaan ini. Tiada masa lagi untuk bermalas-malasan dan mantapkan persediaan. Yakin Boleh! Insyaallah.

Seperti yang selalu guru katakan kepada muridnya, apa jua yang kita inginkan tidak akan tercapai jika Allah tidak mengizinkannya, sebaliknya dengan izin Allah, segala-galanya tidak mustahil untuk berlaku. Oleh itu adalah amat penting bagi kita semua untuk mengiringi usaha kita dengan berdoa memohon keizinan-Nya.

Di sini ada beberapa doa yang boleh diamalkan...

1. Perkara paling asas setiap kerja yang kita lakukan hendaklah dimulakan dengan kalimah "Bismillah" 

بسم الله الر حمن الر حيم 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

2. Doa Penerang Hati dibaca setiap kali sebelum memulakan pembelajaran dan sebelum membaca soalan peperiksaan...

Doa penerang hati
أَللهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ
رَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Ya Allah bukakanlah hikmahMu, dan turunkanlah rahmat dari khazanahMu
kepada kami, Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Doa mudahkan hafalan
آللهُمَّ ارْزُقْنَا يَا رَبِّ فَهْمَ النَّبِيْيِنَ وَحِفْظَ آلْمُرْسَلِيْنَ
وَإِلْهَامَ آلْمَلائِكَةَ آلْمُقًرَّبِيْنَ فِى عَافِيَةِ يَااَرْحَنَ آلرٌّاحِمِينِ
Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul
dan ilham dari para Malaikat yang menghampiri denganMu
kurniakanlah kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

3. Doa selepas habis mengulangkaji pelajaran

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”

4. Doa tatkala kita terlupa apa yang telah kita pelajari. Tarik nafas dalam-dalam... tenangkan fikiran berselawatlah ke atas Nabi dan bacalah doa ini.... 

Doa apabila terlupa 
سُبْحَانَ مَنْ لا يَنَامُ وَلايَسْهُو آللهُمَّ ذِكِّرْنِى مَانَسِيْتُ 
Maha Suci Tuhan yang tidak pernah Tidur dan tidak lupa, 
Ya Allah peringatkanlah aku apa yang aku lupa.

Ingatlah, apa jua yang kita inginkan tidak akan tercapai jika Allah tidak mengizinkannya, sebaliknya dengan izin Allah, segala-galanya tidak mustahil untuk berlaku. Sebenarnya... 

KECEMERLANGAN ADALAH KETAATAN KEPADA
ALLAH... IBU BAPA... & GURU...

Sunday 8 July 2012

PeNaraFan sEkoLah mEnGgUnaKaN SSQS 2012



Untuk makluman Pihak Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan Penarafan Sekolah Menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) bagi memenuhi komitmen dalam Pelan Pembestarian Pendidikan Sekolah dan Pelaporan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Sekolah Bestari.

Penarafan ini akan diselaras, dipantau dan dibimbing pelaksanaanya oleh Pegawai di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG). Tempoh pelaksanaan penarafan bagi tahun ini adalah pada 1 Julai 2012 - 30 Julai 2012 mengikut Zon.

Pada tahun 2012, pemverifikasian terhadap penarafan SSQS akan dilakukan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) bersama Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) ke sekolah-sekolah. Pemverifikasian ini akan dijangka dilaksanakan pada 9 September 2012 - 21 September 2012.

Sehubungan dengan itu,mohon kerjasama semua pihak sekolah terutamanya Guru Penyelaras Bestari ,Guru ICT dan Juruteknik Komputer sekolah untuk memastikan Pengisian penarafan SSQS pada tahun ini mencapai 100% seperti pada tahun-tahun sebelum ini. 

Guru-guru SKSP boleh melayari http://ssqs.moe.edu.my/ssqs/index.php sebagai makluman. Guru ICT SKSP telahpun mengisi data SSQS seramai 62 orang responden. Sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada En Mohammad Bin Yaacob.

SeNaMRoBiK 1 MuRiD 1 SuKaN 1 MaLaYsiA pAdA 10 JuLai 2012



Aktiviti Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia adalah kesinambungan kepada pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan. Aktiviti ini dijangka akan mencatat sejarah di dalam Malaysia Book of Records, “Largest Simultaneous Participation of School Students In An Aerobic Session”. Pihak Persatuan Ibu Bapa juga digalakkan menyertai aktiviti ini.

Senamrobik ini akan diadakan di dataran perhimpunan SKSP dan diketuai oleh En Mohd Ali Hanafiah Bin Hamzah yang akan melakukan pergerakan senamrobik yang seterusnya diikuti oleh seluruh warga SKSP. Diharap agar seluruh warga SKSP dapat menjayakan aktiviti ini dengan jayanya.